Wednesday, December 23, 2009

AGAK TERSENTUH MEMBACA NUKILAN INI

Salam alaik.. entah siapa yang menulisnya..

hobi Mira membaca blog, terjumpa nukilan ni dalam blog seorang sahabat.. mungkin dia yang menukilkannya barangkali...bakal peguam berbicara.. beginikah kata2nya...

INGAT TAK DIK??? ini judulnya...

bila membaca terkesan di hati...

adakah kita seperti adik yang dimaksudkan???

cuba kita check diri kita?? bagaimana diri kita tika ini??

adakah sudah berubah menjadi lebih ego, bongkak dan sombong hanya kerana ilmu yang sedikit cuma???

atau kita masih lagi di takuk lama???

atau kita sudah UP sedikit cuma tetap menjadi org yang dulu??

yang mana 1 kita????

Mira tiada jawapan untuk diri anda...

renung2kan, selamat beramal...


INGAT TAK DIK??

Adik,

Keluarga kita adalah keluarga angkat.

Sesama kita tidak pernah ada pertalian darah.

Hanya seorang abang atau ibu yang akan mengambil kita dan menjaga kita.

Kita diambil berdasarkan kasih sayang dan belas ihsan.

Ingat tak dik?


Adik,

Dulu, kita semua hingusan.

Abang yang lebih tua yang banyak mengajar.

Abang memang garang.

Tapi dalam kegarangan abang, banyak perkara adik belajar kan?

Ingat tak dik?


Adik,

Bila umur meningkat, ego bertambah hebat.

Abang sudah keluar.

Adik pula menjadi abang di sana.

Abang tahu adik juga ada banyak dugaan.

Adik juga berdepan dengan tekanan.

Tapi bukankah dengan ajaran dan didikan abang, adik menjadi semakin kuat?

Ingat tak dik?


Adik,

Abang seorang manusia.

Adik pun seorang manusia.

Manusia tidak pernah lari dari kesilapan kan?

Abang memang ada salah dan silap.

Tapi adik boleh menegur kan?

Mungkin adik juga terlupa, bila menegur, ada batas dan hadnya.

Bukankah kita telah dididik untuk menghormati yang lebih tua?

Ingat tak dik?


Adik,

Abang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

Kerisauan abang terjadi juga.

Adik sudah mula merasakan kehebatan diri adik.

Adik merasakan adik sahajalah manusia yang paling betul di dalam dunia ini.

Adik semakin ego, tanpa disedari.

Adik sudah lupa diri.

Kenapa resmi padi, makin berisi, makin tunduk ke bumi, tidak adik patuhi?

Ingat tak dik?


Adik,

Adik sudah pandai marah abang.

Hatta abang yang di dalam kawasan latihan ketenteraan pun adik cerca.

Belum lagi cerita abang yang alim dan faktor kewangan yang menghimpit keluarga.

Keluarga kita di ambang keretakan kerana adik menyalahkan semua orang.

Bukan berniat untuk adik mengambil jalan yang populis.

Jauh sekali menyuruh adik menjaga hati abang.

Tapi niat tidak pernah menghalalkan cara.

Itu jugalah falsafah asas keluarga ini.

Tapi adik lupa itu semua kerana adik rasa apa yang adik buat itu betul.

Betul di mata sesetengah orang tidak bermakna betul di mata yang lain.

Adik anggap apa-apa sahaja yang abang buat tidak betul.

Semuanya salah.

Bukankah setiap dari kita ada kekangan dan halangan tersendiri, kenapa adik sukar memahami?

Ingat tak dik?


Adik,

Adik kata abang sudah tidak berminat dengan keluarga ini.

Abang sudah tidak cinta dan kasih kepada keluarga ini.

Jangan main tuduh-tuduh dik.

Salah tuduh, jadi fitnah, berdosa namanya.

Abang tak nak adik tanggung dosa macam tu sahaja.

Bukannya adik tak boleh tanya abang elok-elok

Tapi kenapa adik tak pernah tanya?

Adik terus membuat anggapan dan kesimpulan mudah.

Banyak benda lagi dalam hidup ini yang adik belum lalui.

Adik baru memulakan pengajian di alam kolej dan universiti.

Sedangkan abang akan mengakhiri alam itu tidak lama lagi.

Alam lain yang menanti abang.

Abang perlu bersedia.

Adik mungkin tak pernah terfikir semua ini kerana kehidupan adik telah terjamin.

Adik ada biasiswa, keluarga yang kaya raya.

Abang bukan begitu.

Abang pernah mengajar, terima setiap dari kita seadanya.

Ingat tak dik?


Adik,

Sekiranya adik ingin meninggalkan keluarga ini.

Abang tidak boleh menghalang.

Kerana adik sudah membuat keputusan.

Adik rasa adik dipinggirkan.

Silakan.

Namun jika nasihat abang masih adik ingin dengari.

Di masa hadapan, ingatlah batas dan adab dalam kehidupan.

Adapun apa yang kita katakan itu benar.

Carilah kaedah dan jalan yang terbaik.

Menyalahkan orang lain tanpa memberikan penyelesaian.

Bukanlah satu contoh yang baik yang boleh adik banggakan.

Segala ajaran yang kita warisi.

Usah diabaikan.

Usah dibiarkan sepi.

Hanya kerana kita menganggap.

Tidak ada orang lain yang lebih betul melainkan diri kita.

Itu sahaja pinta abang.

Hati abang masih di sini.

Abang sedia memaafkan dosa adik.

Kalau ada dosa abang kepada adik, abang minta maaf.

Harapan abang.

Ingatlah adik.

Ingatlah.


WALLAHUALAM..

Friday, December 18, 2009

salam Maal Hijrah 1431

salam alaik.. sedar xsedar, dah masuk tahun baru Islam kan... masa begitu pantas berlalu.. usia juga semakin meningkat.. tapi adakah usia yang semakin menginjak dewasa mematangkan cara kita berfikir??

SALAM MAAL HIJRAH

doakan yang terbaik buat kita semua ye...

Mira pon xtahu nak tulis ape dah ni...

wassalamah

Saturday, December 05, 2009

KENDURI..KENDURI..KENDURI

salam alaik.. hari ni 5 Dis 2009, ermm banyak sungguh kenduri musim2 cuti sekolah ni ye...
orang kata musim cuti sekolah ni xpayah susah2 masak kat umah p je makan kenduri...heheh...

td saja ada jemputan 4 buah kenduri.. semuanya kawan2 rapat abah, kalo xpegi xbleh plak sebab memenuhi jemputan walimah ada WAJIB...dan HARAM plak kalo pegi makan tanpa jemputan...

ermmm...

apapun, TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH SELAMAT DIIJABKABULKAN...
semoga zuriat yang bakal dilahirkan dalam sempurna imannya dan dapat menjadi mujahidin di jalan ALLAH.. amin

Friday, December 04, 2009

AKU MAHU SAIZ 'S'


salam alaik...

beru saja selesai membaca novel berjudul AKU MAHU SAIZ "S" karya Ain Maisara...Kredit untuk Ain Maisara...cerita yang santai...menghiburkan...

so, sesiapa yang nak kembalikan badan ke saiz S bolehlah baca buku ni..hihi...

Mira pon nak kurus jugak la..huhu...

dengan azam yg tinggi n tekad mau kurus...doakan Mira ye...
aminn

Wednesday, December 02, 2009

TAHU LALAT...ADA MAKSUD TERTENTU KE???

Firasat tahi lalat
Pada orang tua-tua setiap yang ada pada diri kita mempunyai rahsia & maksud yang tertentu contohnya tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya "hanya tuhan yang tahu"

TANDA DAN FIRASAT
bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita

biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki

punggung kanan - agak mengalami kesulitan
punggung kiri - malas dan suka duduk

betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun

kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat

batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki

dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan - atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2

tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan - suka menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka

pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun

telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan - cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan - baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin

pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman

ubun-ubun - kurang jujur

pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan

pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup

telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat

pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat

perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta

pelipis kiri - murah rezeki, dapat jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yang suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

RAHSIA WARNA TAI LEHER

salam alaik..

Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

Biru.

Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah.

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren

Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam.

Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu

Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning.

Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau.

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat.

Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris.

Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot.

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang.

Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

hihihi.. yeke ni...

wallahualam, mungkin benar dan mungkin tidak kan..