Blog Qaseh Dalia Adelia

Pizza Hut Percuma!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Selesai sudah urusan menyemak skrip jawapan Peperiksaan Pertengahan Semester. Data pun dah key in. Lega sikit rasanya. Tak sampai sejam batu di bahu dilepas ke tanah, Datang pula diletakkan batu lain. Itulah hidup.

Hujung bulan ni MQA, so bertambah lagi kerja untuk sistem filing. Wehuuuuu, satu subjek 2 fail dan MO mengajar 4 subjek. Ngeh. Ngeh. Ngeh. Teaching portfolio disamping perlu menyiapkan soalan untuk peperiksaan akhir semester. Hurmmm.. Lecture notes. Program-program mentor-mentee.. Hehhhhh, banyak kalau nak diikutkan. Tak senang nak jadi pendidik ni sebenarnya, bukan hanya mengajar dan mendidik tapi juga nak kena buat urusan pengkeranian. Mana-mana institusi pendidikan sama je sama ada sekolah atau institusi pengajian tinggi.

Eh, Pizza Hut percuma. Bila???

Cuba masuk website pizza hut, dengar kata ada kupon yang perlu diprint untuk pizza percuma tu. Tapi MO xbuat pun sebab tak pasti sahih atau x, berdasarkan apa yang orang kongsi di FB.

Pizza percuma yang MO maksudkan, kelmarin masuk kelas mengajar macam biasa dan masa nak keluar tu ada sorang pelajar ni bagi pizza hut sekotak. Alhamdulillah, rezeki... :-)

Sekarang ni, hari dah gelap baru balik. Huhuhu. Memang kena work hard.

Mood : Siapkan filing untuk MQA dan mencari judul buku yang sesuai untuk semua silibus  ECE dalam tempoh 4 tahun terkini sebagai rujukan.

MO kata : Meneruskan hidup hingga ke noktah terakhir.

Sekian Wassalam.

9 Pesanan:

Gen2Merah said... [Reply]

wahh, memang sibuk cikgu kita ni.. anyway, buat yang terbaik ya cikgu..

bestya dapat pizza percuma dr student.. rezeki,... (",)

Rozuan Ismail said... [Reply]

jadi cikgu pon best.dapat pizza free.hoho

najwa's said... [Reply]

wow, best tu..nak jugak!!

aimie amalina said... [Reply]

huwaaaa
mang aima sebok betol ni
heeee
besnyela jadi pensyarah :)
heee...
menjadi pendidik, insyaAllah ilmu nya berkembang selamanya :))

AyieNa Nur said... [Reply]

betul tu..mana2 yg bergelar pendidik, tugas dia x mudah..sapa yg kata jd guru or pendidik tu senang? org tu slah sama skali kan? cuba jd dulu bru cakap.. =)

yg penting ganjaran yg Allah janjikan utk manusia yg memberikan ilmu kpd manusia lain..sgt tak ternilai..

semoga MO teruskan usaha dan kuat menghadapi cabaran sbg pendidik..

Iffah Afeefah said... [Reply]

sme la kite

mqa manjang

aiyooo

Sumaiyyah said... [Reply]

Aima ngajar sekolah rendah or menengah?

Hadi Rofiee said... [Reply]

Berbaloi-baloi dapat pizza hut selepas bekerja keras. :)

iqbalsyarie said... [Reply]

wah. memang bestlah ;)

mungkin lepas ni, MO nak belanja saya pizza pula?

erk.