Blog Qaseh Dalia Adelia

BAGAIMANA MAHU MEMBINA KEYAKINAN DALAM DIRI?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bintang            : Saya nak turunkan berat badan

Angin               : Kalau kamu kurus saya tak mahu keluar dengan kamu

Bintang            : Kenapa pulak?

Angin               : Nanti nampak gemuk kalau kamu kurus sangat.

Saya rasa kamu dah macam papan nak jadi rantingkah?

Bintang            : Jomlah jadi ranting sama-sama.

Angin               : Tak mampu, rangka saya balak

Bintang            : Haha. Saya pun sama la. Rangka gergasi. Tapi still bersyukurlah tak obesiti.

 Angin              : Kamu gergasi kecil saya gergasi besar. 


Perbualan di atas merujuk kepada perbualan dua orang sahabat.


“Kurus”. Kalau tanya mana-mana perempuan pun mesti mereka nak kurus kan. Termasuklah MO (berterus terang ni). Tapi ada juga perempuan kurus yang nak gemuk. Apa pun kita kembali kepada erti syukur. Kadang-kadang bukan kita tak bersyukur tapi lebih kepada nak puaskan diri sendiri. Kalau tampil kurus tentu akan lebih berkeyakinan. Itu pendapat sesetengah orang. Tapi betul ke, kalau kurus tu akan tampil dengan penuh keyakinan? Tak semestinya la kan. Ada je orang yang kurus cantik tapi nak berhadapan dengan audiens kurang keyakinan. (contoh sahaja). Orang tubuh besar pun ada je yang tampil dengan penuh keyakinan. Ambil contoh penyanyi dan pelakon. Tubuh saiz XXXL tapi masih diterima peminat kan. 


Sama juga dalam konteks wajah yang berjerawat (1) dan licin (2). MO ni kategori nombor 1. Mula-mula tu memang rasa agak rendah diri sebab orang lain semua muka bersih dan licin je kan. Tapi MO yakinkan diri. Peluang ada di mana-mana, yang penting bakat dan keyakinan kan. MO dulu masa zaman jahil dengan selamba rock je pergi audition teater. Terpilih. Penat rupanya nak berlatih teater ni. 8 jam latihan untuk persembahan 10 minit. Beberapa bulan berlatih baru persembahkan teater yang memakan masa hanya sejam atau dua jam. Penat bukan. Sebelum latihan dimulakan, kena lakukan regangan dulu. Lari setempat, lari ulang alik. Lompat bintang, latihan vocal semua tu kena buat. Mengalahkan atlet buat latihan sukan. Tapi enjoy. Itu jelah satu-satunya teater yang MO sempat berlakon, (tajuk dirahsiakan, kalo MO bagitau konfem anda semua terkejut) tawaran kedua MO tak nak dah terima. Bukan sebab penat latihan tapi sebab masa tu keinsafan mula menjalar dalam hati. 


Dulu MO ingat kalau nak jadi pelakon atau pengacara majlis mesti cantik je kan. Tapi rupanya bakat masih diambil kira. MO juga pernah pergi audition untuk pengacara majlis untuk program-program yang dianjurkan di dalam mahupun luar Universiti Malaya. Setakat dalam UM jelah, kalo luar UM, jika ada orang nak offer apa salahnya mencuba nasib. Kalau masa tu MO free. Hehehe. Ada orang nak offer job ke?? MO memang suka bercakap-bercakap ni.
 

Gemuk ke kurus ke muka licin ke banyak jerawat ke jika anda yakin dengan Allah pasti ada jalannya. Allah pasti akan permudahkan urusan hambaNya. Yang penting usaha dan doa.


Bagaimana mahu membina keyakinan dalam diri? 


Sebutkan kata-kata positif setiap hari dan elakkan penggunaan kata-kata negatif.supaya aura-aura positif sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita. Senyum itu salah satu cara membina keyakinan diri walaupun kadang-kadang kita tak mampu nak tersenyum kan. Dan satu lagi yang selalu MO lakukan adalah bercakap dalam hati “aku boleh”. Ok ke tak Ok kena okkan jugak sebab nak tak nak kita kena hadapi jugak situasi tu kan. 


Kalau sebelum ni kita ada sifat inferior (sifat rendah diri melampau), cuba singkirkan sikit demi sikit. Kalau sebelum ni kita kurang keyakinan, cuba cambahkan keyakinan dalam diri kita sedikit demi sedikit. 


Satu lagi untuk mengelakkan kita berasa sangat rendah diri, elakkan berkawan dengan orang yang terlalu sempurna. Maksud MO, berkawanlah dengan orang yang sekufu dengan kita. Mana ada orang yang sempuna kan. Yang sempurna hanya Allah swt. Kita makhluk memang cuba mencari kesempurnaan untuk kepuasan diri sendiri. Kalau kita berkawan dengan orang yang sentiasa lebih dari kita, memang kita akan rasa rendah diri. Kalau kita berkawan dengan orang yang lebih “bawah” dari kita pulak mungkin perasaan riak akan timbul dalam hati, “aku lebih baik dari dia”. Nak selamat, kawanlah dengan orang yang sekufu. :-) Tapi tak ada salahnya nak berkawan dengan orang yang lebih “tinggi” jika kita mahu mencungkil rahsia keyakinan dirinya. Siapa tahu suatu hari nanti kita juga mampu menjadi sepertinya. 


MO kata : Positif.. Positif.. Positif.. Optimis Selalu.. :-)

Sekian Wassalam. 

3 Pesanan:

Sinar Mawad'dah said... [Reply]

Salam...Yup setuju dengan MO.. :) Huhuhu.. Dalam setiap perkara amalkan sikap optimis selalu...Begitu juga dalam hal perkahwinan..mesti terapkan kePOSITIFan dalam diri.. InsyaALLAH..Aura positif memang akan terpancar dari wajah.. BAgus sanag MO post tajuk ni..dah la nak musim-musim interview ni..huhuhu..TQ MO..

Sinar Mawad'dah said... [Reply]

MO..saya pun nak kurus..hehhehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sinar Mawad'dah semga berjaya dalam intvw