Blog Qaseh Dalia Adelia

'JOM SENYUM SAMBIL HADIAHKAN AL-FATIHAH'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Al-Fatihah. Satu surah yang kita baca setiap hari dalam setiap kali solat. Tapi berapa ramai yang memahami maknanya sekali?? MO pernah masuk kuliah Tafsir. Satu kelas saja tak habis menterjemah maksud surah ini. Boleh rujuk sini.

Sebenarnya ini adalah satu segmen yang dianjurkan oleh blog Nur Kasih. Sungguh mulia orang yang buat segmen ni. Hadiahnya adalah surah al-Fatihah buat semua. Kadang-kadang manusia melihat hadiah dari segi material namun ramaikah yang sedar hadiah sebegini boleh menaikkan saham kita di akhirat.


Jom baca Fatihah sama-sama. Kuhadiahkan kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW dan seluruh umat Islam yang terlebih dahulu pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Pada arwah tok, tokwan, makcik, pakcik, sedara mara, kawan-kawan yang telah pergi meninggalkan daku di sini. Juga buat seluruh ahli keluargaku yang masih hidup. Dan tidak dilupakan kepada dia yang terlebih dahulu pergi meninggalkan aku.

Al-Fatihah.

Klik sini untuk ke blog penganjur.

Dan kepada semua sahabat, semoga persahabatan yang terjalin antara kita akan mekar hingga ke taman-taman syurga. Tidak berhubung itu tidak bermakna kita melupakan antara satu sama lain kan. Kenagan yang tersimpan antara kita semua segar di kotak memori. Semua tercatat dalam diari peribadi. Video kat bawah ni memang sangat menyentuh hati. Jemputlah tengok. Kasih sayang antara sahabatnya. Moga kasih sayang kita juga begitu. Tak mampu nak sebut nama satu-satu kat sini, kerana anda semua ada fungsi yang tersendiri dalam hidup saya. Terima kasih semua.


 

Video ni memang sedih sangat-sangat. Sehingga menusuk je jantung. 
Terima kasih kepada Enchik Hyde yang menemukan video ini. 

MO nak tag semua sahabat pembaca MO. Terutamanya kepada Sunah Sakura, Nadzri, Pakcik Mat Gebu, Pakcik Ben Ashaari, Ostad geli-geli

Sebenaqnya nak tag ramai lagi tapi adik ni sibuk nak guna lappy lah pulak. So kepada semua walaupun anda tidak di tag, sudi-sudikanlah join ya. Semoga ada kebaikan yang menanti kita. Terima kasih ya kepada penganjur. 

MO kata : Allhamdulillah MO ada berita gembira yang nak dikongsikan dengan semua. Tunggu next entry ya. :-)

Sekian Wassalam.

14 Pesanan:

Ary said... [Reply]

bergetar hati tgk video tu...

terima kasih adik yang cumell... kita sama2 ambil manfaat k..:)

aimie amalina said... [Reply]

waaaa
mcm bagus je segmen niii
weeeee

aniki said... [Reply]

salute penganjur...

Santri T.P.I.N.I said... [Reply]

jasa mu dikenang... Entri khas untuk yg sudi menyertai segmen santri :

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/panduan-untuk-memiliki-komputer-laptop_29.html

CikTomyam said... [Reply]

wahhh jarang ada segmen cenggini..salute wa tabik lu..^^

Areef Ibn Naim said... [Reply]

salam,

ayat2 al-qur'an jika dihayati maksudnya, mmg byk memberikan iktibar n pengajaran...

nice meeting u :)

ismail naim abdullah said... [Reply]

sab ul masaniiii

ismail naim abdullah said... [Reply]

sab ul masani

Подтверждаю said... [Reply]

as salam..

=)

pengemis Cinta~ said... [Reply]

pc tak sempat nak join segmen..kekangan masa.insyaAllah akan mencuri sedikit masa nanti..;)

Подтверждаю said... [Reply]

pakcik baru selesai join..
hehe~

=)

H Y D E said... [Reply]

(^____^)

teh o beng said... [Reply]

hai..kite dri segmen kak ary :)

Woofer Storm said... [Reply]

teringin nak join..ermmm

indahnya ukhwah jika kejujuran tertanam dijiwa..