Blog Qaseh Dalia Adelia

1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku...M-Life


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wahhhh.. Dah lama sangat MO tak join apa-apa segmen dan contest. Tadi tetiba mata tertancap pada satu segmen Komputer Kesayanganku. Memang i sayang giler kat lappy ni. Kalau nak join jugak boleh klik kat sini ye kawan-kawan.

Hurmmm.. Lappy kesayangan MO ni MO panggil dia baby je. Gila manja kan. Hohoho. MO bagi nama dia Miss White sebab warnanya putih. Tuan dia pulak warna tak putih. Hohooho. Sayang sangat dekat lappy ni, rasanya boleh menangis jika jadi apa-apa kat baby. Hahaha.. Tetiba teringat satu insiden kat kolej dulu, masa tu tengah siapkan tugasan menyediakan web blog, ada sorang member kat meja sambil-sambil minum air. Tetiba air tertumpah.. Waaaaa.. Sikit lagi nak kena baby kite. Tetiba dia cakap, mujur tak kena boboi jugak. Cehhh.. Dia pun nak jugak. Dia yang dimaksudkan adalah Bulan (1 of my bestie) atau MO panggil dia pakcik saja. Mula-mula dia tak suka dengan panggilan tu, lama-lama bila selalu dipanggil, dia menyahut je bila panggil pakcik. Ok, saya rindu saat itu boleh... Huhuhu...

Dah hampir 4 tahun Miss White ni berkhidmat dengan MO. Saiz dia tak besar mana 12 Inci je. Masa nak beli tu MO memang demand giler, nak yang saiz 12 Inci dan warna putih. Yang lain tak mau. Hohohoho. Walaupun harganya agak mahal lah. Tapi Alhamdulillah Miss White  masih setia bersama tuannya sehingga ke hari ini.

Seingat MO, selama jangka hayatnya adalah sekali masuk hospital sebab tak boleh on. Masa tu exam week tahu, tengah study tetiba pluppp terpadam. Waaaa.. Nak exam esoknya, pinjam lappy rumet baca notes ppt. Pengajaran, jangan study last minute macam MO. Kadang-kadang petang nak exam lepas subuh baru study. Heheheh.. Memang nakal tak hengat. Nakal takmo baca buku. hihi.

Dulu MO pakai skin protector tu. Masa final year MO bukak, dan tahu kawan-kawan cakap apa?? Asal depa masuk bilik MO ja dan depa tengok lappy MO, depa kata "beli lappy baru ke", bukan sorang yang cakap macam tu ramai kot. Ternyata my lappy masih nampak baru. :-)

Buat masa sekarang ni lappy ni lah satu-satunya harta (material) yang MO ada selain daripada henpon. Huhuhu..Terima kasih sayangku my lappy kerana dah banyak berjasa dari tahun pertama pengajian sehinggalah tamat pengajian 4 tahun di UM. 

Alhamdulillah. kamu tak banyak meragam. Sangat setia bersama dengan saya walaupun berjam-jam lamanya. Bila saya tak tidur malam kamu pun turut sama berjaga. Bila saya terpaksa buat kerja selama berhari-hari tanpa memberikan kamu peluang untuk berehat kamu masih setia dan tidak pernah merungut. Saya sayang kamu. Jangan tinggalkan saya. :-)

MO kata : MO sangat selesa dengan Miss White. Menaip pon laju je berbanding kalo guna lappy lain. Kalo guna Miss White boleh mencecah ke 56 perkataan seminit (tak boleh laju lagi dah). tapi MO masih nak cuba menaip dengan lebih pantas. :-)

Terima kasih kepada pengajur. Boleh jugak MO luahkan rasa hati MO kat lappy MO ni. Sayang kamu Miss White.

Sekian Wassalam.


5 Pesanan:

Santri T.P.I.N.I said... [Reply]

terima kasih MO sebab sudi join segmen ni, sungguh touching bila baca citer lappy MO ni...

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Santri T.P.I.N.I

terima kasih.. sebab dah lama sangat tak join segmen

Santri T.P.I.N.I said... [Reply]

er...muslimah pakai laptop jenis apa yer? tengah wat entri khas untuk segmen ni...tq

izzahdegreat said... [Reply]

salam ziarah, dr segmen yg same =]
http://izzahdegreat.blogspot.com/2011/09/komputer-kesayanganku.html

Подтверждаю said... [Reply]

as salam..
hehe. comel je

=)