Blog Qaseh Dalia Adelia

APA PULA KAITAN SAINS DENGAN AGAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya tidak menjengok ke Laman MO ni kan. Tak mengapa, masing-masing ada tanggungjawab dan masing-masing ada komitmen. MO juga begitu, masa yang hanya 24 jam tidak lebih tidak kurang harus digunakan sebaik mungkin, jangan sampaikan lalai hanya kerana berblog saja kan .Rugi-rugi. Masa boleh hilang berkat tau. Huhuhu..Klik sini untuk membaca.  terbebel pulak. Hehehe. Ok. Dalam perkongsian terdahulu MO pernah kongsikan pasal Apa kaitan Math dengan Agama (klik untuk membaca), kali ni MO nak kongsikan kaitan Sains dengan Agama pulak. Sebelum tu suka untuk MO ucapkan selamat tahun baru buat semua.


Kalau Kaitan Math dan Agama membahaskan mengenai Ilmu dan Amal tetapi kaitan Sains dan Agama pula membahaskan mengenai kata kunci TAHU, MAHU dan MAMPU. Ketiga-tiganya ada kaitan, namun apa kaitannya??? Jom baca sampai habis kalau nak tahu kaitannya.


Dalam dunia hari ini, berapa ramaikah daripada kita yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu itu dengan sebaiknya? Adakah dengan kemahuan untuk mendalami ilmu akan menjadikan sesorang itu berupaya untuk melakukan perubahan dalam dirinya? Bila dah sebut sains mesti taklari dari eksperimen kan. SO, apa tunggu lagi? Jom kita bereksperimen.


Andaikan bahawa

1) Ilmu Pengetahuan = TAHU
2) Kemahuan = MAHU
3) Perubahan = MAMPU


EKSPERIMEN 1

Pembolehubah:
a) Pembolehubah malar: TAHU
b) Pembolehubah manipulasi: MAHU
c) Pembolehubah bergerakbalas: MAMPU


Hipotesis:
a) Seseorang yang tidak mahu menggunakan pengetahuannya, tidak mampu untuk berubah.
b) Seseorang yang mahu menggunakan pengetahuannya, mampu melakukan perubahan.
c) Seseorang yang mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menggunakan pengetahuannya, mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berubah.



Prosedur:
1) Diberi TAHU adalah bernilai 10.
2) MAHU yang diuji adalah bernilai (0 =tak mahu, 10= mahu dan 100 = sangat mahu)
3) Gunakan formula: MAHU/TAHU = MAMPU


Eksperimen:

i) Tahu (10) tapi tak mahu (0)
0/10 = 0


ii) Tahu (10) dan mahu (10)
10/10 = 1


iii) Tahu (10) dan sangat mahu (100)
100/10 = 10


Keputusan:

i) Orang yang tak mahu berubah, takkan mampu untuk berubah, meskipun mempunyai pengetahuan agama yang secukupnya.
ii) Orang yang mahu berubah, mampu untuk berubah dengan adanya pengetahuan dalam dirinya.
iii)Orang yang sangat ingin untuk berubah, mampu untuk melakukan perubahan yang besar meskipun pengetahuan yang dimilikinya itu amatlah sedikit sekali.

Hipotesis disahkan.

EKSPERIMEN 2
 
Dalam satu eksperimen yang berasingan, seorang pelajar telah diberi nilai TAHU = 0 iaitu bersamaan dengan TIADA PENGETAHUAN. Pelajar ini mendapati bahawa setelah eksperimen dengan menggunakan ketiga-tiga nilai MAHU (0,10,100) dijalankan, hasil bagi ketiga-tiga eksperimen itu adalah ERROR. Hal ini bermakna, setinggi mana pun kemahuan seseorang itu untuk berubah, dia tidak akan berjaya tanpa adanya ilmu pengetahuan.

PERHATIAN!!!
1) Eksperimen ini dilakukan dengan bersumberkan akal semata-mata tanpa disertakan mana-mana dalil naqli dan hujah para ulama, mahupun saintis.
2) Anda dinasihatkan untuk menggunakan pertimbangan akal yang waras bagi menerima segala keputusan dalam eksperimen ini.
3) Segala penambahbaikkan, kritikan, perbincangan mahupun perbahasan mengenai topik ini amatlah dialu-alukan.

Sumber asal boleh dirujuk di sini.

Semoga memperoleh manfaat. Terima kasih.


HIKMAH SUJUD


Assalamualaikum dan salam adiwarna...
semoga semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera..
alhamdulillah,
kita masih diberi nikmat kesihatan yang baik oleh Sang Pencipta..

Ok, entry kali ni MO nak kongsi pasal Hikmah Sujud.
Setiap hari kita sujud tapi tau tak hikmah sujud apa? Kalau yang dah tau anggap la sebagai revision saja, kalo yang belum tau meh nak bagi tau..
Kiranya peringatan untuk diri MO juga. Manusia sifatnya perlu selalu diingatkan dan mudah lupa. Jadi sama-sama kita mengingatkan antara satu sama lain.

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud akan :

3- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

4- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
5- Melegakan sakit hernia (untuk lelaki)

6- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid (untuk perempuan)

7- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )

8- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

9- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

10- Meringankan bahagian PELVIS.

11- Memberi dorongan untuk mudah tidur (patutla budak-budak suka tidur menonggeng kan, rupa-rupanya sujud ni memudahkan tidur)

12- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

13- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

14- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

15- Mengurangkan kegemukkan (obesity).

16- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

17- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

18- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

19- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..

Semoga semua mendapat ibrah dari hikmah sujud. Pastikan setiap yang kita lakukan kita tahu hikmahnya, itu adalah lebh afdal daripada hanya meniru orang melakukan tanpa tujuan. Orang buat kita pun nak buat jugak. Buatlah sesuatu dengan sepenuh hati kerana Allah bukan kerana orang lain.
Sekian, wassalam




BILA DI AJAK KE KELAB MALAM

Assalamualaikum semua. Tengah buat apa tu? Apa? Tengah Terkejut MO ajak pi kelab malam??? Ish, jangan salah faham bila baca tajuk di atas. Bukan MO yang ajak pi kelab malam tapi Ah King Kong yang ajak. Sapa Ah King Kong? Entah, MO pun tak kenal. Tapi kalau nak tahu sapa Ah King Kong kena baca sampai habis k. Layanzzzz…

“Jom clubbing malam ni. Kita gi minum-minum jer,” kata Ah King Kong kepada Asmadol.

Tak mau la, aku mana boleh. Kau tak pe la,” balas Asmadol menolak perlawaan Ah King Kong. Sebagai muslim, dia tidak mahu terjerumus ke lembah hina. Di Kelab malam, macam-macam jenis syaitan bertopengkan manusia ada. Ada yang bertanduk, yang tak bertanduk pun ada juga.

Ala kita bukan minum arak. Kita minum coke je, jom la,” Ah King Kong masih tidak berputus asa mengajak seorang umat Muhammad ke tempat jin menari.

“Ermmm. Aku tak beranilah. Nanti mak aku marah. Lagipun aku mana penah pergi kelab malam ni,” kata Asmadol mahu melepaskan diri.

“Ala, sape nak bagitau mak kau. Mak kau mana tahu kalau kau sendiri tak bagitahu. Lagipun malam ni aku dah janji dengan kawan. Tak bestlah kalau aku pergi sorang, diorang datang berdua takkan aku nak datang seorang saja” Ah King Kong memasukkan jarum karatnya.

“Ermmm. Ok. Tapi kena janji tak minum arak ok,” balas Asmadol mempersetujui ajakan Ah King Kong dengan bersyarat.

Itu hanyalah perbualan rekaan MO saja. Tapi sering berlaku dalam dunia akhir zaman ni. Non Muslim (Yahudi) tak jemu-jemu nak memasang perangkap untuk kita, namun kita masih belum sedar dan masih mudah terpengaruh.

Apakah hukumnya masuk ke kelab malam? Hukumnya tidak berdosa jika di dalam kelab malam yang kosong (maksudnya hanya signboard kelab malam) tapi mana ada kelab malam macam tu, tapi kalau kelab malam yang baru nak beroperasi mungkin tapi selalunya signboard akan dipasang paling akhir. Hukumnya haram dan berdosa. Ya, haram dan berdosa walaupun tidak minum arak. Tapi cawan yang digunakan itu keberangkalian untuk digunakan untuk air-air lain (arak) adalah 90 %. Rajin ke diorang nak buat cawan asing-asing ni? Ermmm.. sendiri mau ingatlah. Nauzubillah.

Ermmmm, kalau dah namanya kelab malam mesti ada perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal. Kenapa MO kata dekat kelab malam ada ramai perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal? Haaaaaaa.. Laser kan MO ni?? Maaflah kalau ada yang terasa. MO cakap hakikat je. Nanti ada pulak yang cakap, kubur masing-masing lah yang kau sibuk sangat apesal?? Haihhh, memanglah kubur asing-asing tapi nanti sapa yang nak gali kubur, nak mandikan jenazah, nak solatkan jenazah? Jenazah tu sendiri ke? Kalo jenazah tu boleh buat sendiri mau bertempiaran orang kampung lari. MO tak terkecuali akan lari. Huhuhu. Lagipun kalau kubur sekali boleh jugak la nak tolong-menolong di alam kubur, tapi kalau dah asing-asing korang duduk lah diam-diam dalam tu. Kata-kata ini lebih berupa peringatan kepada diri MO sendiri.

Kembali kepada topik perempuan miskin dan lelaki kaya tak cukup akal. Perempuan-perempuan miskin tu tak cukup duit nak beli kain lebih buat baju. Kalau diorang ni kaya pun mungkin kedekut agaknya. Tapi sepasang pakaian yang menutup seluruh tubuh takdelah mahal pun. Harga mampu belilah. Ermmm.. Lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal pulak sebab pi habiskan duit dekat perempuan-perempuan miskin tadi (sugar daddy). Pahala atau dosa tu hak Allah jadi MO taknaklah ulas pasal tu. Cumanya kalau duit tu disalurkan ke baitulmal ke ada jugak baiknya. Saham akhirat tu.

Bunyi bising (lagu), masyaAllah membingitkan telinga. Macam mana MO tahu? Opsss. MO pernah masuk ke??? Ish, Ish, Ish, MO mana pernah masuk la, cuma dengar orang cakap saja. Tapi cakap yang boleh dipercayai. Ayah kepada member MO ni polis bahagian narkotik jadi ada satu ketika tu ayah dia ikut serta dalam serbuan di kelab malam. Nak tangkap pusher (pengedar dadah) la. Ayah dia la kata bisingnya sampai macam nak pekak telinga, patutla diorang amik estacy sebabnya untuk khayal dan tak bingit telinga.

Masuk ke tempat jin menari ni mengundang padah. Malaikat di sebelah kiri dah sedia dengan buku catatan manakala malaikat di sebelah kanan pula hanya duduk bersenang-senang. Nasib tak baik, polis buat serbuan, bermalam la dalam lokap. Hohohohoho…

Sebagai renungan bersama. Jauhilah perkara-perkara mazmumah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan malaikat di sebelah kanan berehat panjang. Kita kena bagi malaikat di sebelah kanan ni buat kerja banyak sikit catat amal kebaikan dan malaikat sebelah kiri duduk bersenang-senang. Nasihat untuk diri MO dan juga teman-teman lain yang membaca.

Sekian, InsyaAllah jumpa lagi. Wassalam


KEBERKATAN MASA

Salam semua. Apa Khabar? 2010 akan melabuhkan tirai, 2011 datang menjelmakan diri dan 2011 juga bakal melabuhkan tirai untuk memberi izin pada 2012 datang menunjukkan diri.. Begitulah kehidupan, yang muda pasti akan tua, yang hidup pasti akan mati. Masa juga bergitu, setiap saat dan ketika masa meninggalkan kita. Yang tinggal hanya kenangan masa lampau yang menjadi sejarah.

Masa bergitu pantas berlalu kan (bukan hanya MO yang berpendapat demikian, namun ramai kawan-kawan lain juga berpendapat yang sama. Sedar-sedar ja jam telah menunjukkan angka 5 petang, yang bekerja pasti mahu pulang dari pejabat kerana khuatir akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tambahan pula hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, masa satu saat juga sangat berharga pagi pemandu-pemandu kenderaan yang pelagai jenis kerana tidak mahu tiba lewat di rumah. Benarkah??

Masa yang diperuntukkan selama 24 jam hari ini sama saja dengan masa yang diberikan oleh Allah swt dengan zaman kegemilangan Rasulullah dan zaman sebelumnya. Tetapi perbezaan yang dapat dilihat sangat ketara. Masa dahulu dirasakan sangat panjang dan banyak, namun kini masa dirasakan seperti air yang mengalir dari baldi bocor, tiba-tiba saja habis sebaldi. Kenapa agak-agaknya ya?

Rasulullah pernah bersabda,

“Tidak akan tiba hari kiamat hingga waktu semakin singkat,. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagikan sehari. Sehari bagaikan satu jam dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma.”

Rasulullah juga pernah bersabda,

“Waktu akan semakin singkat, harta melimpah ruah, fitnah akan menyebar dan banyaknya terjadi pembunuhan.”

Daripada sabda Rasulullah itu dapat disimpulkan bahawa kita semakin dekat dengan kiamat. Ya Kiamat Makin Dekat (tapi bukan cerita dari seberang tu), ini benar-benar akan terjadi. Cuma masa dan ketikanya masih menjadi rahsia Allah swt.

Singkatnya waktu itu adalah disebabkan hilangnya berkat. Nikmat itu Allah tarik sedikit demi sedikit, namun kita tidak menyedarinya secara langsung. Masa itu adalah nikmat kerana dengan masa memang kita tidak boleh membeli emas namun dengan emas juga belum tentu kita boleh membeli masa. Tetapi kita harus ingat, dengan masa kita mampu melaksanakan semua tugasan yang bertimbun. Dengan masa yang ada kita mampu bersama-sama kawan-kawan berseronok di mana-mana tempat yang kita suka, dengan masa yang ada kita boleh bergembira bersama sanak saudara, dengan masa yang ada kita boleh menyambut Hari Raya dengan keluarga. DENGAN MASA YANG ADA KITA BOLEH BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DAN DENGAN MASA YANG ADA KITA BOLEH BUAT MACAM-MACAM.

Tetapi apabila hilangnya keberkatan masa maka masa yang 25 jam – 1 jam hanya tinggal beberapa jam sahaja. Tidak selama 24 jam dimanfaatkan dengan perkara berfaedah (siapa setuju angguk kepala).

Terdapat banyak sebab yang menyebabkan hilang berkat ini.
1. Lemah Iman
2. Khianat
3. Menipu dan berdusta
4. Makan makanan yang haram dan syubhah
5. Banyak tidur (meniru perlakuan orang mati dan lalai daripada amal kebaikan)
6. Mengamalkan Riba

Janganlah kita mengeluh kehilangan berkat waktu d akhirat nanti kerana keluhan ini akan keluar daripada mulut orang kafir.

Suka pula MO nak kongsikan lirik lagu Demi Masa nyanyian kumpulan Raihan.

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh 


kalau nak dengar lagunya boleh cari dekat youtube ya. 

Jagalah masa kita dengan melakukan perkara-perkara mahmudah dan istiqamah dalam setiap perbuatan. Amal makruf nahi mungkar.

sekian sehingga berjumpa lagi.



BILA USTAZ BERCINTA..


Salam semua...
MO tak larat nak menaip banyak-banyak..
alasan je tu, padahal malas nak menaip..heheh
Salam semua...

Bila Ustaz Bercinta...
Nak tau macam mana ustaz bercinta...

jom dengar ni..

video

sangat kiut kan...

heheheh..
kawan cek pernah cerita kat cek pasal kisah percintaan ustaz ni,
tapi dah tadi jalan-jalan terjumpa video ni,
so nak kongsi ler ngan kawan-kawan..
itu je nak konsgi...

terima kasih kepada Faarihin...
cek jumpa ceramah ustaz ni dari blog dia...
ok..lain kali jumpa lagi ya...
wassalam

HADIAH UNTUK WANITA YANG BERGELAR MUSLIMAH

Assalamualaikum wbt...
Hari ni MO nak bagi hadiah kepada wanita yang bergelar muslimah... 

video


ini mungkin kata-kata bakal muslimin yang inginkan muslimah solehah...

terima kasih kerana masih setia membaca di Laman Muslimah Optimis...

MO beransur dulu ya..
terimalah hadiah dari MO..
even just amik kat youtube je...

sekian...
wassalam

FOLLOWER ANON

Salam semua...
ye hari ini kita bersama lagi dalam rancangan di Laman Muslimah Optimis..
hidup mau optimis ya..
pedulikan kata-kata orang lain...

ha, tengok tajuk tu.
Follower Anon..
bukan nama follower tu Anon (even cek ada jiran kami panggil dia cik Anon)
tapi anon = anonymous @ tanpa nama @ no name @ un konwn

jangan la sedih kalo follower tak ramai
tengok cek tak sedih pun...

kadang-kadang ada orang suka folo secara anon ni,
boleh jadi dia klik folo private atau dia bookmark blog kita..
maksudnya dia berminat nak baca lagi la..

dah tu, suka pulak jadi silent reader je..
hihihi..biarkan dia menjadi silent reader..jangan paksa orang meninggalkan komen..
orang akan komen sendiri dengan ati yang ikhlas..

macam cek la kan,
kalo orang komen Alhamdulillah, 
kalo tak komen pun alhamdulillah,
sebabnye cek pun suka jadi silent reader je...

banyak blog cek masuk,
cek baca dan keluar...
melainkan kalo betul-betul ada magnet dekat blog dia 
yang dok tarik suruh komen baru cek akan komen.

cek ni pun masih baru dalam dunia blog ni..
saja je nak kongsi yang ini..
nak bagi semangat dekat kawan-kawan yang sedih follower tak ramai tu
follower cek pun bukan ramai pun,
relax-relax sudeyyyy...
smile..cakkk..
senyum kan comei tu..
jangan minyok-monyok ye..
tak cumelll nanti..hehehe..

ikhlas menulis kerana Allah,
pasti ada ganjaran yang menanti..


biar orang yang membaca itu mendapat manfaat daripada penulisan kita.
dan dia menyampaikan pula kepada orang lain..

sabda Rasulullah,
sampaikanlah walau sebaris ayat.

yang baik itu sama-sama kita sebarkan, 
yang tak baik juga boleh disebarkan untuk teladan bersama, 
namun jangan berlebihan sehingga boleh mendatangkan aib kepada orang lain.

macam cikgu yang mengajar murid-murid lah..
lepas anak murid dia pulak jadi cikgu 
(ada juga yang jadi doktor, peguam dan sebagainya)
tapi hasilnya, ilmu yang dipelajar dicurahkan kepada orang lain bukan untuk kegunaan sendiri.

 doktor : merawat pesakit
peguam : membela masyarakat teraniya (tapi kalo yang bela pesalah tu, sendiri mau jawab la di akhirat kelak)
contoh-contoh lain, anda fikirkan sendiri ya.

suka pula MO nak kongsikan sajak karya Usman Awang,

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


sekian,
nanti kita jumpa lagi na
wassalam

SAYA NAK KAHWIN KENAPA HALANG????


Assalamualaikum semua.

Amacam sihat tak???? Kalo sihat, alhamdulilllah.. Kalo tak sihat, jangan jumpa jumpa doc dan makan ubat ye. MO sendiri belum makan ubat, esoklah baru mula makan ubat boleh??? huhuu....

SAYA NAK KAHWIN KENAPA HALANG???

Mama dan abah saya tak halang saya kahwin pun, cuma syarat kena habis belajar dulu...

Makcik saya pulak kata, 
"Kakak, ko blaja dulu. Kalo ko nak sambung master, ko sambung dulu. Jangan nak kahwin awal, kang jadi macam cu, umur 40 tahun baru sambung master, sampai anak-anak tak bagi sambung PhD" Hehehe...

Anak cu tak bagi cu sambung PhD sebab cu asik takde kat rumah je masa zaman sambung belajar,  Alhamdulillah cu dah konvo dah Master. InsyaAllah i wil soon.. :-)

ok..ok.. Bukan nak cerita pasal kes kahwin MO. Ni ha, kes dalam akhbar BH bertarikh 7/12/2010 pasal budak 14 tahun berkahwin...

Hadoiiiiiii. Bagi jela dia kahwin, mak dia pun dah izin, kementerian pulak sampai nak siasat-siasat sebelum mengambil tindakan,

 Petikan kata-kata Shahrizat

“Remaja ini masih muda dan memerlukan perlindungan dan keselamatan, sedangkan perkahwinan perkara serius,

Maksudnya beliau tak setujulah kan...

Tolonglah makcik (dia lebih tua dari mama MO rasanya so, kena panggil makcik la kan), kalau budak-budak tu nak kahwin, biar jela.  Perkahwinan tu halal makcik oi daripada membiarkan budak-budak sekolah terlibat dengan zina.. Budak-budak berzina tak nak pulak siasat, pastu siap bukak sekolah untuk budak hamil pulak (syarat masuk wajib hamil pulak tu), haihhhh (sambil cekak pinggang).

Jiran MO kahwin masa umur 16 tahun (sekarang anak sulung dia dah sebaya MO la jugak) bahagia je sampai sekarang.. Taulah budak-budak tu (yang kahwin awal) jaga diri. Banyak lagi perkara boleh siasat jangan bazirkan masa nak siasat pasal perkara yang halal...

p/s :
MO setuju je diorang kahwin daripada buat iktilat di bumi Allah dengan syarat, bertanggungjawab atas perkahwinan diorang. Tanggungjawab sebagai isteri dan suami juga sebagai ibu bapa muda  (jika dah ada anak nanti) walaupun MO tak berapa setuju untuk diri sendiri berkahwin awal (tak cukup ilmu nak kahwin macam mana..huhuhu)

Kalau nak baca lebih lanjut di BH on9 boleh klik sini.

Sekian wassalam

JOM MAIN DENGAN ANAK-ANAK 2


Salam semua.. apa khabar anda hari ini??? (ayat skema pulak)..hehe...tak lah, ini cikgu yang kelakar dan tak pernah marah anak murid sampai kawan naik poning sebab cikgu baik sangat kan..huhuhu... Eh, lupakan pasal tu... Sekali lagi MO nak ajak pembaca main dengan Anak-anak.. 

Dulu MO dah pernah post Jom Main Dengan Anak-Anak
 (kalau nak baca boleh klik sini)

Hari ni MO nak ajak main dengan anak-anak lagi.. 
Tak kesah lah anak-anak murid ke anak-anak sendiri ke atau adik-adik yang masih kecil ke asalkan budak yang ada nafsu main.. Kalau ada budak yang tak suka main tapi suka membaca, biarkan dia bermain dengan buku-bukunya (baca buku juga main sebenarnya, ada kaedah nak main dengan buku ni. InsyaAllah MO akan postkan kemudian)


ok sebelum MO huraikan dengan lebih lanjut kita tengok gambar-gambar di bawah..
permainan yang boleh jadi academic or non-academic...

ok..sedia semua..kita berlepas sekarang...

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

 sapa yang tak pernah main askar kecik-kecik ni dulu???? macam-macam warna ada... 

Non-academic :   
Main tembak-tembak, susun-susun 

Academic :
 Main sambil mengira, mengenal warna, kedudukan senapang (tepi, atas, kanan, kiri)


Getah Pemadam..
Sapa yang tak pernah main lawan pemadam dulu???
MO suka gak main lawan pemadam ni...
Tapi kalo kat kedah panggil Lawan Raber (getah pemadam)...

Academic :
1)  Mengira jumlah pemadam yang paling banyak
2) Boleh belajar untuk mengingat nama negeri dan negara. 



 Guli. 
Boleh main Tuju Guli atau Congkak 
(teringat zaman budak-budak, hanya MO girl yang main bersama boys sekalian...adeiiii...
Nasib eden lo, sebab tak ramai budak perempuan kat kawasan umah eden...

Academic :
Bila main melibatkan guli secara automatik akan melibatkan pengiraan. 
Ye la kan, kalau nak tau sapa menang mestilah kena kira.



 Tudung Botol...
Sape tak pernah main tudung botol???
Sekali lagi MO seorang anak perempuan yang bermain bersama anak-anak lelaki di kawasan perumahan MO. Paling tak boleh lupa, balik mengaji Quran dengan baju kurung semua, pi singgah main tudung botol ni kat rumah jiran. haha..kelako plak bila ingat...


Academic :
 1 ) Nak kena kira markah tu. Kena cekap math (siap congak lagi)
2 ) Fokus pandangan kena tajam (satgi jentik tak kena pulak)



 Colourful Stick
Academic :
1 ) stick ni pun sama... Fokus..Fokus dan Fokus takut menggerakkan stick yang lain kan...
(fokus ini perlu dilatih supaya cekap dalam segala hal)
2) Pengiraan math
3) Mengenal Warna




Gasing...
MO pun suka main gasing pangkah ni....
Tapi dah lama tak main, mesti kalo pangkah je tak kena, 
silap-silap gasing tu berpusing terbalik paku kat atas (hehe)

Ya sekali lagi FOKUS perlu diberi perhatian...


Kawan-kawan semua mesti suka main ni kan. MO percaya sebab MO pun suka main masa zaman sekolah rendah dulu.. Askar kecik-kecik tu pun ada buat koleksi (cita-cita nak jadi askar) tapi bila dah besar waaaaaa, hasratku nak masuk Palapes pun tak diizinkan..
Rezeki saya bukan sebagai seorang tentera...

Ok...

Cuba perhatikan permainan yang simple dan mudah.. 
Namun ada ibu bapa yang melarang anak-anak daripada bermain, katanya hanya buang masa.
Ya, permainan ini hanya akan menjadi sia-sia kalau tidak diselitkan dengan unsur-unsur akademik...

FOKUS...
setiap daripada permainan di atas memerlukan
  FOKUS..FOKUS..dan FOKUS...

Semua ini adalah melibatkan kognitif kanak-kanak

Tapi zaman sekarang ni, budak-budak lebih suka main permainan komputer..

salah satunya


ramai sungguh suka main ni...
ikhlas dari hati MO, sejak daftar FB tak pernah MO main game kat FB...
huhuu..even MO ni gamer, tapi tak tau nape tak berminat nak main game kat FB..huhuhu...


Semoga ibu bapa masa kini tidak terlalu membiarkan anak-anak anda berada kerap di hadapan komputer. Mata pun boleh rabun tau. Sebab tu budak-budak zaman sekarang banyak yang pakai cermin mata (tak percaya ramai budak-budak sekolah rendah pakai cermin mata??? pi servey kat sekolah rendah). Sekali sekala mungkin boleh membawa permainan zaman "dahulu", dan perkenalkan kepada anak-anak anda zaman sekarang...

p/s :
sekarang ni kalau jumpa jiran-jiran lelaki tu semua, waaaaaa, cek mau lari..
malu... hanya bertegur sapa di dalam FB...Boleh tak gitu... hehehh..
Bila dah besar-besar ni, langsung sudah tidak bertegur sapa..hhuhu..


sampai sini saja dulu rasanya..
Lain kali sambung lagi ya..
sekian, wassalam

BILA KAYA DI DUNIA MUFLIS DI AKHIRAT



Assalamualaikum wbt... Ada orang nak muflis tak?? tak nak ek?? cek pun tak mau muflis.. tambah-tambah muflis di akhirat...Jom kita kumpul harta (amalan)... jom ikuti dialog antara Rasulullah dan para sahabat..

Rasulullah :
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?” 

Sahabat : 
“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?” 

Rasulullah : 
“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat dan dalam masa yang sama datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepada orang yang datang menuntut hutang umpatan dan kezalimannya di dunia.  Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

 (Hadis dariapada Abu Hurairah)

p/s 1: 
Golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya


Haih, rugi-rugi.. Didunia dah kumpul harta (amalan) tapi disebabkan kelalaian di dunia segala harta perlu menjadi barang tukaran kepada orang lain (sistem barter).

Muflis di dunia lebih beruntung (at least masih ada yang nak membantu) 
daripada muflis di akhirat (sapa nak tolong weh, semua dah jual ikan).


p/s 2 :
Perpeganglah pada prinsip amal makruf nahi mungkar..  Jangan pula amal makruf amal mungkar..huhuhuh... parah ni..

Firman Allah bermaksud: 
“Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia)?”
(Surah Yaasin, ayat 65).

 p/s 3:
Kepada kaum bapa pula, jangan abaikan tanggungjawab pada anak dan isteri. Takut-takut di akhirat anak-anak dan isteri-isteri anda datang menuntut segala amanah anda yang tidak ditunaikan kepada mereka (terutama yang berpoligami tapi tidak adil). Cuba kita tengok dunia hari ini, ramai ibu bapa yang mengamalkan dan memiliki ilmu agama selayaknya namun membiarkan anak-anak mereka terus hanyut dengan dunia. Mereka mengejar amal sehingga mengabaikan anak sendiri (dituntut nanti), takut-takut semua amal didunia habis menjadi tukaran kepada anak-anak di akhirat kelak.

takutnya menjadi muflis di akhirat...
semua pakat mai tuntut hutang.. 
tinggal kulitlah kita, isi semua dah bagi...huhuhu... 
Oklah ye.. semoga pengisian berguna... 

sumber:  sini.

tegurlah MO jika MO terlalai
Sekian, Wassalam

Biodata Iblis... Nak Tahu Kena Baca..4

 salam...
Siang sudah berganti malam..
cerah telah berganti gelap, hanya ditemani cahaya lampu (bulan mana ada hujan lor)
bintang lagi le takde..
tapi angin ade..
angin sentiasa ada di mana-mana walaupun hanya sekadar angin dari kipas kan...

masih belum selesai dengan biodata Iblis. InsyaAllah ini yang terakhir

Bahagian 4. 

Kalau nak membaca Bahagian 1,2 dan 3 boleh klik sini, sini dan sini. 


Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya

Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
(jom kita  bagi iblis bosan, pastu biaq dia main congkak..hoho)

Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala

Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks, lesbian dan berzina

Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
  (jom buat dia sedih, kita jangan ikut dia)

Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
  (alhamdulillah)

Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
 (alhamdulillah)

Amacam, sudah mengenali Siapa itu iblis..
eh, bukan kawan cek la..
tak mau aih jadi kawan dia..huhu

Ok..ok..
nantikan entry terbaru pulak lepas ni..

pasal apa???

Tungguuuuuuuuuuuuuu..

sumber asal boleh rujuk sini

jaga diri bebaik ye..

sekian 
wassalam..

Biodata Iblis... Nak Tahu Kena Baca..3

 salam semua..
jumpa lagi di Laman MO...

macam biasa la, entry ni masih sambungan biodata iblis..
panjang bebeno biodata dia...
tapi takpa, cek nak share jugak..

Bahagian 1 dan 2 boleh klik sini dan sini

Bahagian 3 

Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
(tak mau ikut... huhuhu)
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
  (tak mau jadi teman sejawat dia)

Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah

Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
  ( waaaaaaaaaaa, ni lagi dekat dengan manusia.. tak mau jadi pembantu setia dia)

Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan 
 (muslim yang minum segala jenis minuman di atas minum minuman iblis lah tu)

Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
  (Jom kita bagi Iblis takut kat kita)

Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
(meh kita jadi orang yang dibenci oleh iblis)


ok semua..semoga mendapat ibrah daripada perkongsian ini...

tapi ada lagi sambungan bahagian 4..
tungguuuuuuuuuu...


terima kasih kepada yang sudi membaca Laman MO...
Jemput-jemputlah singgah selalu..
InsyaAllah akan dikongsikan sesuatu yang bermanfaat.

sekian wassalam. 

Biodata Iblis... Nak Tahu Kena Baca..2

 Salam alaik... Selepas sejam, ni sambungan Biodata Iblis tadi.. 
panjang sangat sampai tak muat satu entry.. hehehe...
Nak baca Bahagian 1 dia boleh klik sini. 

ok.ok...sambung..

Bahagian 2

Sahabat karib : Anak-anak Adam

Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
besaq betoi cita-cita iblis ni, moga dia tak berjaya.. Kita kena bekerjasama supaya cita-cita dia hanya jadi angan-angan kosong saja..

Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
(Istigfar lah selalu, cek pernah dengar satu ceramah ni, ustaz tu kata sehari kena istigfar 1000 kali)

Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
(manusia pon boleh jadi mentor iblis.. ade ke???)

Logo : Sebarang tatu
 
(sapa yang pi buat tatu tu dah pi buh logo iblis kat badan dia la.. heran, buh tatu tu sakit weh, awat orang nak buh jugak?? ermmm)

Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
 
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba  (sesiapa yang makan riba tu atau dapat duit dari cara yang haram tu kira share dengan iblis lah ek?? tapi zaman sekarang ni semua interest macam mana??? PTPTN a.k.a PTPTPU macam mana??huhu)

Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT

Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
  (Depa ni kerja takdak pencen)

yang bertanda bold merah sila hayati betul-betul.

 tengok tu...panjang berjela biodata dia, 
dua entry tak cukup.. takpa-takpa, akan menyusul entry seterusnya.
tunggu na...

maybe paling last entry jam 9 malam nanti..okeh..

terima kasih atas kesudian membaca..

jaga diri daripada godaan iblis...

wassalam..

Biodata Iblis... Nak Tahu Kena Baca..

Salam semua...apa habaq??? InsyaAllah baik na..

Ketika jari-jemari bermain atas kekunci Miss White (my lappy) ketika ini,
Awan sedang menangis, bumi sentiasa ada apabila awan mahu menangis
(macam pinjam bahu la)
So, kalau ada kawan-kawan yang nak menangis, bolehlah kita pinjamkan bahu tapi sesama jantina la, kalo lain-lain jantina kena debik sekali 
(tapi kalo bagi yang halal antara satu sama lain takpe)...

Teringat zaman-zaman budak-budak sekolah dulu, setiap tahun mesti ada buku Biodata kan, mintak biodata kawan-kawan sekelas.. heheh.. sape takde baik ngaku??? Yeke takde. MO pun ada la jugak dulu.. Tapi tak lama lagi, buku tu akan diwujudkan kembali, sebab apa??? sebab nak memanggil nanti senang...

Wahahah.. faham ke memanggil apa tu??? kalau tak paham pun buat-buat je la paham ek,..

ok..ok...
kembali ke tajuk utama iaitu Biodata Iblis..
Nak tau kena baca sampai habis tau...

 Biodata Iblis Bahagian 1


Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll

Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap : Neraka jahanam

Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah

Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
( wanita yang tak menutup aurat tu iblis ngaku isteri dia weh.. takut aih...)

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
(sapa yang dok menentang Allah tu, kira kaum kerabat Iblis la tu..)

Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yang halus

Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
(Iblis ni suka bertemu di pasar-pasar dan konsert.. Alamak, cek pun pi pasar malam..huhuu.. Minta dijauhkan... Tapi betul la kat pasar malam banyak godaan, bukan setakat makanan tapi segala jenis godaan..)

Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
(Jom jadi Musuh Ketat Iblis... )

ada lagi ni, tunggu akan disambung kemudian... bagi cek rehat sat na...
p/s : Yang dibold merah tu sila hayati betul-betul


ok..ok.. kejap lagi akan bersambung...
mungkin sejam dari sekarang atau, lebih awal atau lebih lambat..
bergantung kepada mood cek na..

heheh...
hujan-hujan ni sodap beradu...

k, wassalam...
jaga diri baik-baik tau..

APA KAITAN MATH DAN AGAMA???

Salam semua.. 

Berjumpa lagi di Laman MO (ada gaya pengacara TV tak???) heheh.. Ada la beberapa hari lepas, klik sana klik sini,terjumpa la satu blog nih. Ermmm.. Background menarik, tak sakit mata nak tengok. Isi pun menarik jugak. Yang paling MO tertarik pada entry Math + Agama = Style.


Blog apa? Blog Pengembara Senja (hairan gak kenapa la tuan blog ni nak pi mengembara senja-senja kan). Orang tua-tua kata time-time senja kena duk dalam rumah saja sebab syaitan banyak dok melewaq (berkeliaran). Nak tau sai apa, nanti kita tanya Tuan punya blog tu na. Katanya mula-mula nak jadi jurutera tapi tetiba termasuk maktab perguruan pulak, so, jadi cikgu@ustaz lah ye. 


OK..OK… Kalau nak tau lebih banyak, pegi la melawat sendiri ke laman beliau. MO tertarik dengan formula yang diberikan mengenai ilmu dan amal. Selalu sangat kan kita dengar Ilmu dan Amal. Tapi apa yang penting sangat dan apa kaitan antara ilmu dan amal dalam kehidupan kita ni? 


“Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia” -Imam Ghazali-


Cuba tengok pengiraan di bawah.


Let x = amal, and y = ilmu

Formula : amal/ilmu = x/y


1) ada ilmu (y), dan amalkan (x).
(let x = 10 and y = 10)

x/y = 10/10
=1


2) ada ilmu (y), dan tak amalkan (x)
(let x = 0 and y = 10)

x/y = 0/10
=0


3) tak dak ilmu (y), dan amalkan (x)
(let x = 10 and y = 0)

x/y = 10/0
= Error


4) tak dak ilmu (y), dan tak amalkan (x)
(let x = 0 and y = 0)

x/y = 0/0
= Error


Kalau agak fening-fening nak faham, ambil sedikit masa untuk fahamkan. Okeh. MO pun mula-mula fening-fening jugak. Dah lama tinggal math ni.


Jadi, perkara yang merujuk kepada kata-kata imam Ghazali adalah pengiraan no.2 dan no.3.


2) "Ilmu tanpa amal adalah gila"

Contoh paling mudah, Si A ni ada lesen kereta dan ada kereta tapi dia tak pernah bawak kereta. Takut la konon. Dia beli kereta sebab dia tengok orang lain beli kereta. Tak ke membazir dan gila (membazir tu sahabat syaitan). Atau Si B ni berkenan dengan kereta Merc, so, dia pun beli la Merc tapi dia hanya simpan dalam garaj saja dan dia hanya naik Wira kalau nak pi mana-mana sebab sayang nak naik Merc (tak ke gila tu).Baik bagi hadiah kat MO Merc tu kan. Hehe. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu, namun tidak mendapat manfaat daripada ilmunya itu". So, kita ni kalau ada ilmu kena la amalkan dan kongsi-kongsikan dengan orang lain. MO ingat lagi pesan Ustaz MO, orang yang kedekut ilmu ni dah dicop untuk ke neraka. Nauzubillah.



3) "Amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia."

Merujuk kembali pada kiraan yang telah dibuat, saintis mendapati bahawa hasil pembahagian antara dua unsur iaitu x dan y dalam rumus ketiga di atas adalah disahkan benar dan sahih. Jadi, benarlah kata Imam Ghazali bahawa seseorang yang melakukan sesuatu amalan tanpa diketahui dari mana datangnya amalan itu (taklid) adalah sesuatu perbuatan yang sia-sia. Kadang-kadang ilmu tu betul tapi kalau amalan yang tidak berpandukan ilmu yang betul, salah la jadinya.


p/s :
Sama-sama la kita mempertingkatkan ilmu yang ada di dunia ni. Ilmu Allah ni luas. Pilih la mana yang berkenan asalkan bermanfaat.


MO tertarik dengan kata-kata Pengembara Senja yang memakai nama Cahaya Senja iaitu sesekali belajar ilmu untuk mencuri bukan untuk mengajar kita jadi pencuri, tapi untuk mencegah kecurian. Sebabnya hanya pencuri yang tahu apa yang boleh menghalang mereka daripada mencuri. Aha, betul jugak kan. Jom sama-sama belajar ilmu mencuri..heheheh... Berhati-hati dengan pencuri dan peragut.


Sumber asal :
Pejuang Senja (TQ ya Ustaz Akmal), semoga semua beroleh manfaat daripada perkongsian ini.


p/s : saya dah minta izin sebelum copy isi dan hurai menggunakan ayat saya sendiri..


terima kasih kerana membaca

Sekian Wassalam.